Assalamua'laikum wbt,
Pembuka bicara. Di dalam hatiku ada beribu hal hendak diluahkan. Adakah blog tempat yang masih ideal? Aku menulis agar serabut di kepala dapat terurai sedikit demi sedikit. Bukanlah niatnya nak menarik perhatian terhadap peribadiku. Tetapi menarik perhatian kepada sesuatu isu-isu kehidupan yang boleh dijadikan panduan, pengajaran iktibar dan mungkin menjadi asbab hidayah kepada semua orang.
Sekarang aku sudah awal 30-an.... Aku tidak tahu pencapaian hidup aku di level mana? Adakah aku dikategorikan sebagai orang yang telah berjaya merancang hidup dan berjaya dalam hidup ketika ini. Aku kini hilang punca, apakah orang dewasa seperti seusia ini perlu fikirkan, mula merancang berniaga sendiri? cari kerja yang lebih baik? berjimat cermat? melabur? Aku seperti tidak tahu di mana titik permulaan. Usaha yang mana perlu bermula dahulu?
Tetapi.... Aku sebenarnya telah bermula... beberapa langkah pengurusan hidup yang lebih baik pada fikiranku sebagai titik permulaan baru dari episod dosa yang dasyat yang pernah kulalui...
Aku sekarang mencari ketenangan. Ketenangan daripada hutang yang minima, hidup yang mudah, pendirian dan peribadi yang mulia , membeli-belah yang murah dan akhirnya hidup hendak mencari magia sebenar.. hahaha. Sebenarnya Bahagia. Sengaja typokan untuk melengkapkan tajuk post. Adakah ideologi hidupku sekarang adalah 'minimalis'? Aku masih belum mendalam mengkaji profile minimalis ini, sesuatu peribadi yag terarah kepada kehidupan yang simple.
Entahlah, buat masa ni... macam-macam strategi aku perlu tentukan , keputusan yang dibuat perlu tepat lagi. Jangan terburu-buru, jangka mendepankan hawa nafsu dari akal yang sihat.. Dan jangan merosakkan akal fikiran lagi jika tidak mahu melemahkan jiwa.
Ya Allah SWT, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat di sanubariku tentang apa yang aku dambakan. Semoga Engkau Mengampunkan dosa-dosaku, memberkati hidupku dan memberikan rezeki kepada diriku....dan semua yang membaca post ni....Aaaamiinnnn ya Robbala'lamin...
Aku akan menulis lagi bila mendapat ilham seterusnya...

Comments
Post a Comment